PKR, DAP Pencuri Dan Pembuli – Nik Abduh

Nik Aziz dan Abduh

- Advertisement -

Nik Abduh anak kepada Datuk Nik Aziz sepatutnya tidak perlu nak kaitkan nama UMNO dalam meluahkan rasa geram menerusi facebooknya terhadap DAP dan PKR yang dakwanya sedang buli PAS.

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu tentu cukup maklum UMNO memang musuh politik PAS. Sebaliknya DAP dan PKR adalah rakan sepusat sepusing parti itu.

“Masih dalam Pakatan pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong Pakatan Rakyat agar membenci PAS. PAS ni tak berapa ‘ganas’ mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba saja.

Melawan pun macam tak melawan mana, ” katanya merujuk kepada sikap PAS yang dibuli DAP dan PKR.

Jadi cubaannya untuk menyamakan UMNO konon seperti DAP besar kepala bila berkuasa dan suka membuli tidak ada apa-apa makna.

Mengambil tajuk sebuah filem lakonan Harrison Ford.. ‘clear and present danger’ terhadap PAS sekarang ialah DAP dan PKR.

Riak terkini nampak jelas kedua-dua parti rakannya itu sudah tidak ambil pot terhadap PAS.

Lantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor mungkin telah menamatkan episod teka teki siapa yang nasib baik dapat jawatan itu dalam pelbagai cacamarba yang meletop gara-gara ‘Langkah Kajang’.

Namun episod selanjutnya tidak kurang menarik.Ramai yang tertanya-tanya bagaimana PAS hendak melepaskan dari senario cukup kronik yang kini sedang menghimpitnya

Kalau dibaca dari segenap sudut PAS kini terpaksa menahan luka sepak terajang politik dari langkah yang dicipta oleh PKR untuk menyingkir Tan Sri Khalid Ibrahim.

Imej dan saham PAS sudah merudum teruk.

Asalnya ramai yang menduga PAS akan muncul sebagai wira dalam drama ‘Langkah Kajang’ menerusi ‘Langkah Hadi’ yang berjaya mengagalkan usaha PKR hendak mendesak Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik Menteri Besar.

Keadaannya kini agak terbalik kot bila DAP dan PKR tunjuk belang seolah hendak mengambarkan kepada dunia bahawa PAS yang ‘bergantung undi’ padanya.

Lepas satu… satu ‘bala’ menimpa PAS. Parti itu tewas teruk dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Kubor. Semua orang tahu DAP dan PKR lepas tangan tak ambil peduli kerana merajuk dengan pendirian parti itu dalam isu Menteri Besar Selangor.

Kemudianya Azmin yang asalnya diperjuangkan oleh PAS untuk jadi Menteri Besar Selangor langsung tidak pandang sebelah mata pada jasanya.

Siapa sangka madu dibalas racun dari empat jawatan Exco Kerajaan negeri Selangor yang PAS pegang selama ini Menteri Besar itu sudah potong tinggal tiga.

Anihnya, PAS macam orang tidak bertenaga untuk menentangnya. Suara PAS Selangor yang mempertikaikan dakwaan Azmin bahawa PAS Pusat setuju dengan pengurangan itu tenggelam begitu sahaja.

Belum reda bab itu, di Pulau Pinang kerajaan DAP juga nak tunjuk siapa big boss. Bendahari PAS negeri itu Iszuree Ibrahim dapat padah kerana menegur dasar kerajaan negeri itu di Muktamar PAS.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mewakili PAS itu telah dikeluarkan dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan semua peruntukan beliau dibekukan.

Kecuali Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Tantawi yang memekak mempertikaikan tindakan kerajaan DAP itu,PAS secara keseluruhan juga sperti orang tidak berdaya nak menentang Lim Guan Eng.

Dicelah-celah kehangatan isu itu, terbaru timbul pula kisah satu majlis DAP di Petaling Jaya Sabtu malam dimana dua wakil rakyat PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang membelot sokong pencalonan Wan Azizah telah diberi sambutan bagai hero.

Dalam bahasa mudah ia ibarat menampar muka PAS di khalayak ramai.

Ingat lagi bagaimana marahnya Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang terhadap insiden dua Ahli Dewan Undangan Negeri itu ‘dicuri’ hingga keluar kata-kata barua dan broker dari mulutnya di penutup Muktamar PAS.

Ada DAP kisah?

Makanya di majlis itu DAP menjulang Saari dan Hasnul sebagai hero.

Sebenarnya tiada kata-kata yang sesuai dapat disusun untuk mengambarkan bagaimana DAP telah memperlekehkan habis PAS dengan cara itu.

Melihat pada rentetan episod yang menghimpit ini tentu semua orang bertanya apa yang PAS boleh dan mampu buat.

Kalau ikut pendirian rasmi Hadi di Muktamar PAS parti itu akan terus berenang dengan Pakatan Rakyat. Terbaru Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kata PAS tidak akan bercerai dengan Pakatan Rakyat.

Tanya puak Anwarinas PAS juga jawabnya pasti tidak sekali-kali.

Jadi mahu tidak mahu .. PAS akan terus terpaksa melutut pada DAP dan PKR.

Sebabnya PAS tahu begitu juga DAP dan PKR tahu parti itu realiti politik bahawa PAS terus menerus terpaksa bergantung harap kepada DAP dan PKR.

Ini kerana the bottom line ialah undi. Masalahnya ia berkisar kepada undi bukan Melayu khususnya orang Cina.

Tanpa ‘restu’ dari DAP khususnya PAS jangan nak mimpi akan dapat berkongsi undi itu.

Contohnya mudah, tanpa sokongan pengundi Cina 9 dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang dimenangi PAS besar kemungkinan bungkus.

Ini baru Selangor. Tolak sebelah Kelantan… bagaimana dengan negeri-negeri lain?

Maka Nik Abduh,Nasrudin Tantawi dan lain-lain pimpinan PAS termasuk Hadi terpaksalah adjust diri belajar menelan dan terima kena ‘buli’ sebahagian dari adat bersahabat dalam Pakatan Rakyat.

 

Kenyataan dari Facebook Nik Abduh:

PAS Dan Kisah Buli

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi.

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.

Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa ‘ganas’ mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana.

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.

Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS.

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..

Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah..

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP?

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..

Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan.

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.