PKR, DAP Sabah putus hubungan politik dengan Pas negeri – Lajim - pakdin.my

pakatan baru

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP Sabah hari ini membuat pendirian bersama untuk memutuskan hubungan politik dengan PAS negeri itu kerana tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin pada sidang media bersama dengan DAP Sabah, di sini, sebentar tadi.

Katanya, walaupun sebagai orang Islam, beliau menerima hukum hudud tetapi belum ada keperluan melaksanakan undang-undang itu di negara ini.

“Kami telah mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa sebelum mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS Sabah,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong.

Lajim yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS Sabah, pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan itu hanya membabitkan hubungan politik dengan PAS Sabah dan tidak membabitkan peringkat Pusat.

UTAMAPOLITIKPKR, DAP Sabah putus hubungan politik dengan Pas negeri - Lajim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium