PKR Dicabar Nafi Dakwaan Kerjasama Dengan Dua Badan Berkaitan Yahudi – @dzahrain - pakdin.my

Di Sebalik Visa J1 Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar supaya menafikan dakwaan kononnya wujud kerjasama mereka dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Zahrain Mohamrd Hashim (Bebas-Bayan Baru) memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan pihak luar itu dalam politik tempatan, yang didakwanya mula berlaku sejak beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

“Kedua-dua badan yang nyata mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan pelobi Yahudi antarabangsa berperanan menyediakan ‘operating procedure’ atau gerak kerja (bagi pembangkang) untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Wakil beberapa NGO tempatan serta parti politik juga telah dilatih di negara luar mengenai cara-cara untuk menentang kerajaan. Salah satu latihan khusus mereka ialah bagaimana untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Zahrain, yang juga bekas anggota PKR, berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.

Beliau mencadangkan agar satu badan khas diwujudkan bagi menyiasat penglibatan “orang asing” dalam politik tanah air.

Di Sebalik Visa J1 Anwar Ibrahim
NDI Kaderkan PKR Di Holiday Inn Hari Ini ?
Zul Noordin Sahkan PKR Terima Bantuan Asing
PRU 13 – PKR Mengaku Guna Buku Panduan Agensi Asing NDI
PKR Ditaja KAF & NED
Kaitan Anwar Ibrahim & Missionari Jesuit
Skandal Anwar Di Sebalik Sepucuk Surat
Is the New World Order “Jewish”?
Rahimi Dedah Rancangan Besar Pihak Asing Bersama Anwar, PKR
Di Sebalik Sepucuk Surat Bank Dunia Kepada Anwar
2 Bekas Setiausaha Sulit Dedah Dana Anwar -Yahudi
Anwar Ibrahim ‘Broker, Boneka’ Kuasa Asing
And now comes Anwar’s letters to Carl Gershman
Pengarah Komunikasi PKR Akui Anwar Hantar Surat Pengurus Dana Yahudi

UTAMAPOLITIKPKR Dicabar Nafi Dakwaan Kerjasama Dengan Dua Badan Berkaitan Yahudi - @dzahrain

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium