32.3 C
Kuala Lumpur
Monday, March 1, 2021

PKR Jelebu hampir lumpuh… 40 ahli keluar parti, sokong kepimpinan PM

SERAMAI 40 ahli PKR Cabang Jelebu termasuk jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti serta-merta pada Sabtu, sekaligus menyebabkan cabang berkenaan hampir lumpuh.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jelebu, Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus, berkata tindakan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mohd Faizal Fadli mendakwa kumpulan yang keluar dari parti tersebut merangkumi dirinya, naib ketua, ahli jawatankuasa (AJK), naib ketua, setiausaha dan AJK AMK, naib ketua dan AJK wanita serta ahli.

“Perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu kegagalan presiden mendamaikan dua kumpulan selepas pemilihan dan kemelut kepimpinan yang berpanjangan,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Turut mengisytiharkan keluar parti ialah Ketua Srikandi Negeri Sembilan, Ismaliza Ismail selain timbalan ketua cabang Jelebu, Tang Jay Soon yang telah keluar parti pada 15 Mei lepas.

Dalam pada itu, Mohd Faizal Fadli berkata kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan akan bergerak menerusi platform baharu iaitu Pengerak Komuniti Negara, sebuah badan bukan kerajaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.