PKR kesal tuduh FELDA jual minyak sawit ke Israel

“Tuduh dulu, kalau salah, kemudian cerita” – itu taktik yang sekali lagi terbukti digunakan parti yang kononnya memperjuangkan keadilan – PKR.

- Advertisement -

PKR-fitnah-Felda

Pada Isnin, PKR menyatakan rasa kesal, serta mengakui dan menerima hakikat bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang urusniaga dengan Israel atau mana-mana syarikat milik regim berkenaan.

Sebaliknya, parti itu juga akur urusniaga penghantaran minyak mentah oleh FELDA ke rantau berkenaan dilakukan dengan negara Palestin.

Itu adalah kandungan terna-terma penghakiman persetujuan antara FELDA selaku plaintif dengan defendan, iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili FELDA dalam kes samannya terhadap PKR.

“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda.

“PKR juga mengakui dan menerima bahawa FELDA IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 menghantar minyak sawit mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel,” kata Hafarizam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin.

Untuk rekod, pada 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel bertajuk ‘Dua Ribu Himpun Bantah FELDA Jual Minyak Ke Israel‘ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat‘ pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November tahun berkenaan yang menuduh FELDA menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” jelas beliau seperti dilaporkan portal berita UMNO Online.

Tambah Hafarizam, ini adalah selaras dengan kenyataan menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA ketika itu, Datuk Ahmad Maslan yang menjelaskan FELDA menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat Palestin dan bukan Israel seperti yang dituduh Suara Keadilan.

“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan FELDA menjual minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegas beliau.

Sementara itu saman malu FELDA terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd berhubung kes fitnah yang sama tetap diteruskan.

Keenam-enam defendan terbabit adalah ahli dan pemegang jawatan dalam parti PAS, serta penerbit, ketua pengarang dan juga pencetak akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.

“Hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari (membuat) keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut.

“Bagaimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan Israel atau mana-mana syarikat milik rejim tersebut,” katanya.

Jika mahu dikira, kes-kes di mana pembangkang menabur fitnah tetapi kemudian terlepas daripada tindakan setelah kes selesai luar mahkamah apabila memohon maaf bukan setakat seperti ‘pisang berbuah dua kali’ malah berkali-kali.

Dalam konteks FELDA, sebelum ini pembangkang turut menyebar dakyah kononnya saham peneroka dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) lebur dan hangus setelah ia dijual kepada Felda Global Ventures (FGV), manakala peneroka digambarkan sebagai mengalami kerugian akibat ditipu.

Sedangkan hakikatnya ialah, semua saham KPF yang dijual kepada FGV itu kekal hak milik peneroka dan yang bertukar cuma pengurus pelaburan dana berkenaan.

Malah peneroka mampu meraih lebih banyakk untung kerana jika selama ini pelaburan saham KPF itu diperolehi melalui pelaburan dalam Felda Holding Berhad (FHB), tetapi kini ia diperolehi melalui empayar perniagaan FELDA Global atau FGV.

Malah selain itu KPF pula menggunakan sebahagian daripada RM2.2 bilion yang diraih daripada penjualan kepentingan dalam FHB itu untuk membayar bonus khas kepada lebih 200,000 ppeneroka yang menjadi ahlinya.

Sehubungan itu, memang wajar jika saman terhadap pemfitnah tegar yang tidak menghiraukan peluang membetulkan kesilapan atau memohon maaf mengakui kesalahan mencemarkan nama baik pihak lain seperti enam defendan terdiri ahli dan pemegang jawatan dalam PAS, penerbit, ketua pengarang dan juga pencetak akhbar Harakah diteruskan, tidak ditarik balik atau diselesaikan di luar mahmakah.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.