PKR mula disisihkan, sidang media tidak dapat sambutan media - pakdin.my

sidang_media_pkr_hambar

Setelah pimpinan Sarawak sebelum ini mengharamkan Nurul Izzah Anwar datang ke negeri itu, beliau kini dilihat cuba memujuk hati rakyat di sana dengan melakukan pelbagai usaha untuk menunjukkan seolah-olah Izzah seorang pemimpin yang begitu perihatin.

Ia dilihat apabila Naib Presiden PKR itu telah mengadakan sidang media 28 Januari lalu dengan mendakwa haknya telah dinafikan daripada memasuki Sarawak sekaligus cuba menyalahkan pihak lain dalam perkara tersebut.

Katanya lagi, bagaimanapun parti itu akan terus berkhidmat dengan baik demi kepentingan rakyat di Sarawak.

Namun apa yang jelas ketika sidang media tersebut, ianya tidak mendapat sambutan apabila hanya dua media sahaja yang hadir untuk membuat liputan.

Dua media itu adalah Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

“Dalam keadaan genting seperti ini, beberapa pemimpin parti Pakatan Harapan dinafikan haknya untuk berkhidmat di Sarawak, pemimpin PKR dihalang memasuki PKR Sarawak tanpa alasan yang munasabah.

“Bahawa harus diingat halangan ini tidak sesekali menggugat usaha kami berkhidmat untuk rakyat Sarawak demi masa depan yang lebih baik,” kata Izzah dalam sidang media tersebut.

Pengharaman itu adalah berikutan tindakan Izzah bertemu dengan anak perempuan Jamalul Kiram tahun lalu yang telah melukakan hati penduduk rakyat Sabah dan Sarawak.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol berkata ini kerana Izzah langsung tidak mencerminkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang patriotik serta tidak sensitif terhadap isu pencerobohan Lahad Datu di Sabah.

“Seorang pegawai polis berasal dari Sarawak antara yang terbunuh semasa pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 lalu,” jelas Abdullah.

Keadaan menjadi kritikal apabila seorang lagi penduduk Sarawak, Bernard Then turut dibunuh secara kejam oleh kumpulan penculik Suluk dari selatan Filipina pada tahun lalu.

UTAMAPOLITIKPKR mula disisihkan, sidang media tidak dapat sambutan media

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium