PKR-PAS bergaduh, DAP goyang kaki - pakdin.my

pas dlm pakatan rakyat

Walaupun bukan PAS bertanding dalam PRK Permatang Pauh, namun Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu paling terasa bahang.

Sukar bagi beliau memadam api kemarahan dan rasa tidak puashati PAS kawasan Permatang Pauh yang mula menunjukkan tanda akan memboikot PRK pada 7 Mei ini.

Kata dua beberapa pemimpin PAS supaya PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dan menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jika dicalonkan bertanding, bukan perkara yang boleh dipandang mudah.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan sendiri memberikan tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini,l menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali nyata tidak memperdulikan kata dua PAS Permatang Pauh atas alasan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.

Namun, Mohamad atau Mat Sabu sendiri tahu, jika PAS Permatang Pauh memboikot PRK itu, krisis kedua-dua parti akan berterusan.

Sebab itu, beliau sudah mengarahkan jentera parti empat buah negeri di utara supaya membantu PKR mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Arahan kepada jentera PAS Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 13 April lalu dan tiada arahan baru dikeluarkan.

“PAS akan membantu calon Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh

“Oleh itu, semua jentera pilihan raya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu Pakatan Rakyat di Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Semua maklum bahawa pada setiap PRK, jentera PAS yang paling berkesan walaupun bukan mereka yang bertanding.

Apatah lagi di Permatang Pauh, PKR memang bergantung kepada PAS dan penyokong-penyokong parti itu khususnya pengundi-pengundi di DUN Permatang Pasir yang diwakili PAS.

Tanpa sokongan PAS, PKR boleh berputih mata di Permatang Pauh kali.

Sebab itu, Mat Sabu mahu jentera PAS empat negeri tersebut membantu PKR menentang Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

Jika PKR tewas, muka Mat Sabu akan terconteng arang kerana semua tahu betapa akrab hubungan beliau dengan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, yang paling untung dalam pertembungan PKR dan PAS ialah DAP.

Sekutu kedua-dua parti itu dalam pakatan rakyat tidak ‘banyak cakap’ ketika PKR sedang bersiap sedia berdepan PRK Permatang Pauh.

Bagi DAP, jika PKR tewas kedudukan mereka langsung tidak terjejas kerana ini adalah perebutan kerusi parlimen bukan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Mungkin DAP melihat pergeseran PKR dan PAS dengan senang hati dan goyang kali kerana Melayu dalam kedua-dua parti itu sedang bergaduh.

Tambahan pula, dengan kritikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, DAP juga melihat seolah-olah UMNO juga sedang bergaduh sama seperti PKR dengan PAS.

Inilah yang harus PKR, PAS dan UMNO harus lihat dan sedar bahawa pergeseran sesama sendiri hanya membuatkan DAP tersenyum puas kerana merekalah yang lebih kuat dan tidak goyah.

UTAMAPOLITIKPKR-PAS bergaduh, DAP goyang kaki

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium