PKR Sanggup Kerjasama Dengan Pembelot Di Sabah - pakdin.my

Walaupun pemimpin kanan dan ahli-ahlinya bertindak meninggalkan parti, PKR masih menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pembelot partinya di Sabah atas alasan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pendirian tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengatakan tidak kisah bekerjasama dengan pembelot parti asalkan mereka sehaluan dalam menentang BN dan langkah tersebut diambil bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Tidak perlu mengeruhkan keadaan, kami menetapkan pendirian yang parti akan terus menghulur kerjasama atas mana-mana parti sama ada parti tempatan mahupun kebangsaan untuk melawan kerajaan pada PRU akan datang.

“Buat masa sekarang, keadaan di Sabah sudah semakin stabil. Kita akan bekerjasama tidak kira mana-mana parti asalkan mereka sehaluan menentang BN dan memegang prinsip perjuangan reformasi,” katanya dipetik dalam laman Sinar Online.

Bagaimanapun katanya, semua pihak harus ingat meskipun dengan kewujudan parti tempatan, PKR adalah satu-satunya parti di Sabah yang mempunyai jaringan komunikasi lengkap di seluruh negeri.

“Kita mempunyai organisasi cabang di semua kawasan Parlimen dan kita adalah parti yang paling inklusif di Sabah.

“Kami tetap akan menjadi teras untuk rundingan kerjasama antara semua parti supaya kita boleh mencabar BN dalam PRU akan datang,” katanya.

PKR Sabah lumpuh susulan tindakan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun dan ADUN Likas, Junz Wong yang mengisytiharkan keluar parti minggu lepas.

Turut bersama mereka meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani dan ADUN Likas, Junz Wong.

Sementara itu, dua ahli DAP Sabah iaitu Timbalan Pengerusi, Joan Goh dan Naib Pengerusi, George Hiew turut membuat keputusan untuk meninggalkan parti.

20161002-lajim-ukin-keluar-pkr

UTAMAPOLITIKPKR Sanggup Kerjasama Dengan Pembelot Di Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium