28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

PKR Selangor bidas SU Politik MB @ybz99 @faekah_qkn5 @AzminAli @Khalid_Ibrahim

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin

Majlis Pimpinan Selangor kecewa sambil menegaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak patut berhubung kenyataan kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.

“Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej dalam komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan (jika PR menawan Putrajaya),” kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada satu portal berita yang dipetik akhbar tempatan hari ini, Faekah menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang “tidak bijak secara politik.”

Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.

Dalam kenyataannya kelmarin, Khalid berkata, Azmin tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.

Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipetik berkata, Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Khalid sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor

“TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini),” katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN.

“Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah,” kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu tambah Zuraida, “nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri.”

Katanya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya.

“Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional.

“Dengan penjelasan ini, kami berharapa perkara ini akan berakhir dan marilah kita rapatkan hubungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Pelakon Video Seks Bakal MB Selangor @Khalid_Ibrahim @AzminAli »

Gambar hiasanNampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13. Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi ‘jual…






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan