Home / :: BLOG :: / PKR Selangor Enggan Tandatangan Kenyataan Bersama Pengisytiharan Mahathir Sebagai Calon PM dan Wan Azizah TPM

PKR Selangor Enggan Tandatangan Kenyataan Bersama Pengisytiharan Mahathir Sebagai Calon PM dan Wan Azizah TPM

Pakatan gaduh lagi.

PKR Selangor sebaliknya diketahui tidak bersetuju dan enggan menandatangani kenyataan bersama pengisytiharan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Biarkan mereka terus berperang.

*******
Sokongan HARAPAN Selangor pada Dr M hadir tanpa PKR

PKR Selangor tidak menyertai tiga parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) peringkat negeri itu dalam kenyataan bersama menyokong pengisytiharan yang dibuat konvensyen Ahad lalu.

Antaranya berhubung pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenyataan bersama yang diedarkan hari ini itu ditandatangani Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) selangor Izham Hashim, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Pengerusi PKR Selangor adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kami mewakili AMANAH, DAP dan BERSATU ingin menegaskan sokongan tak berbelah bahagi terhadap semua pengisytiharan yang dibuat konvensyen,” kata kenyataan bersama itu.

Selain calon perdana menteri, konvensyen turut memutuskan pengagihan kerusi Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, serta komitmen kerajaan HARAPAN ke arah pembebasan dan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai perdana menteri ke lapan.

Anwar sendiri melalui kenyataan yang dibacakan anaknya Nurul Izzah ketika konvensyen berkata PKR menerima setiap keputusan yang telah diputuskan pimpinan HARAPAN.

PKR Selangor sebaliknya diketahui tidak bersetuju dengan pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Susulan pengisytiharan, Ketua Wanita PKR dan anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyuarakan bantahannya terhadap “amalan kitar semula” pemimpin.

Menegaskan beliau tiada masalah dengan Mahathir secara peribadi, anggota parlimen Ampang itu berpandangan bekas perdana menteri itu lebih sesuai jika dilantik sebagai “menteri kanan” jika HARAPAN berjaya menubuhkan kerajaan.

Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad pula berkata, negara pada masa ini lebih memerlukan “tokoh segar” bagi membawanya keluar daripada “kepompong kerosakan” oleh BN.

Pengisytiharan Ahad lalu itu menamatkan perdebatan panjang berhubung pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri HARAPAN yang mengundang bantahan sesetengah pihak.


https://malaysiakini.com/news/408242
https://m.malaysiakini.com/news/408265

(Visited 5 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Hamzah Zainuddin mengaku menjadi broker 36 Ahli Parlimen BN melompat

Hamzah Zainuddin mengesahkan beliau adalah broker 36 ahli Parlimen BN menandatangi surat menyokong Mahathir sebagai …

11 comments

  1. Awang Sulong

    Takut apa pd mahdir…ranaokanlah parti dia…
    Jgn jadi bodoh

  2. Abdul Jalil

    Belum apa2 dah gaduh sama sendiri

  3. Abdul Jalil

    Itu yang dia orang nak sangat jadi pemimpin jangan memperjudikan nasib anak cucu kita.

  4. Qy Ryel

    Mcm ni Nak selamatkan Malaysia… Hmmmm..

  5. Mohd Affendi Ismail

    Kalau nampak komen Azmin dah leh tau pendirian PKR kat Selangor & pejuang Reformasi kat mana..mmg takkan sokong Tun M

  6. Mohamed Zuhri Amir

    Mcmne nk selamat kn Malaysia klu pH pn tak blh kata sepakat?

  7. Ahmad Hassan

    Alamat lingkuplah tanah air ku…masing2 x mahu mengalah…baik korang bertanding ikut bendera sendiri…barulah gentle…

  8. Mohd Zakri HJ Ahmad

    Hadis Abu Musa r.a katanya: Aku menemui Nabi s.a.w bersama dengan dua orang lelaki dari keluarga bapa saudaraku. Salah seorang warisku itu berkata: Wahai Rasulullah, berikanlah aku jawatan untuk mengurus (memimpin) sebahagian dari perkara yang diberikan oleh Allah kepada mu. Begitu juga warisku seorang lagi mengajukan permohonan yang sama, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memberikan pekerjaan ini kepada orang yang memintanya, apatah lagi kepada orang yang tamak padanya.info

  9. Latif Baba

    Jemin takut dia masih perlu sokongan pas..

  10. Alex Cray

    Ehwal dalaman Party Bunga pun berterabur. Ahli banyak dah keluar, AGM hancur, penubuhan ARMADA pun diragui, ROS sikit lagi nak bubar Parti Bunga ni, sekarang tambah pula perang saudara yg bakal berlaku dengan PKR ni. Hancus PH ni karang, semuanya salah Mahathir.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: