PKR Seret Media Desak Khalid Letak Jawatan - pakdin.my

wpid-berita-palsu-khalid-letak-jawatan.jpg
Mesej yang disebarkan kepada pihak media sejak tengah malam Ahad.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima tekanan daripada dalam partinya sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kali ini, strategi pihak terbabit semakin terdesak apabila menyebarkan maklumat palsu dengan mengaitkan pihak media kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.

Mesej palsu berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Abdul Khalid itu.

Turut dimuatkan dalam mesej itu ialah kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor pada pukul 9 pagi, Isnin dan sidang media mengenainya akan diadakan selepas itu.
Bagaimanapun Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan maklumat berkenaan.

Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan termasuk daripada pemimpin PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat ‘langkah Kajang’ yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.

UTAMAPOLITIKPKR Seret Media Desak Khalid Letak Jawatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium