PKR: Teliti kes Anwar, bekas hakim sertai Lembaga Pengampunan

Sekiranya Anwar tidak bersalah, mengapa perlu pengampunan? Lembaga Pengampunan hanya boleh mengampuni mereka yang TERBUKTI BERSALAH. ? ? ?

—————–
Bekas hakim dilantik menganggotai Lembaga Pengampunan untuk menilai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata PKR.

Presiden PKR berkata tindakan itu akan diambil sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya nanti, lapor Channel News Asia.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya Yang di-Pertuan Agong akan memperkenan nasihat lembaga tersebut nanti.

“Apabila kami dipilih, kerajaan boleh memilih dan melantik ahli-ahli Lembaga Pengampunan,” katanya seperti dilaporkan.

“Lembaga Pengampunan nanti akan dianggotai mantan hakim-hakim jadi mereka meneliti kes tersebut dan buktikan Anwar tidak bersalah.”

Pakatan Harapan merancang melantik bekas timbalan perdana menteri itu sebagai perdana menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir, calon perdana menteri, dijangka memegang jawatan sehingga dua tahun sementera Anwar diampunkan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Akan dibebas Jun ini daripada hukuman penjara, Anwar dilarang menyertai proses politik selama lima tahun atas sabitan kes tersebut.


Rujukan:
http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/berita/pkr-teliti-kes-anwar-bekas-hakim-sertai-lembaga-pengampunan