PKR turut amal undang-undang tentera #pakdin.my

pkr-undang-undang-tentera

Jika bercakap soal demokrasi, kebebasan media dan kebebasan bersuara, pakatan pembangkang termasuklah PKR memang juara, namun sebenarnya tanpa disedari peraturan yang termaktub dalam undang-undang parti itu pun sebenarnya bagaikan undang-undang tentera.

Apabila seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad didakwa atas tujuh pertuduhan di Mahkamah Tentera berkaitan dakwaan membuat kenyataan kepada media mengenai dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera (MAT), pembangkang termasuk pimpinan PKR tampil kedepan ia bersifat autoritarian dan tidak demokratik.

Namun PKR juga mempunyai undang-undang yang sama, yang menghalang mana-mana ahlinya membuat kenyataan kepada media.

Antaranya, Perkara B.7 Tataetika Pemilihan PKR menyatakan “Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum”, selain ada lagi peraturan lain dalam parti itu yang menyekat kebebasan bersuara.

Terbaru, tiga anggota parti itu, iaitu bekas setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan calon penggantinya selaku ketua AMK, Amiruddin Shari pula mendapat surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin pada Rabu.

Ketiga-tiga mereka dikatakan terlibat dalam membuat kenyataan di media berhubung isu desakan supaya Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dari jawatan menteri besar yang disandang beliau sekarang.

Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan media Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong hari ini.

Sebelum ini, sepanjang proses pemilihan PKR berlangsung pun, bukan sedikit jumlah ahli parti itu yang diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keahlian atas kesalahan membuat kenyataan kepada media termasuk orang kuatnya Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.

Bukan soal menyekat ahli membuat kenyataan media sahaja, PKR juga turut menghalang keadilan serta melanggar hak asasi manusia kerana Fasal 44.1 perlembagaan PKR menyebut, tiada anggota boleh membawa perkara parti ke mana-mana mahkamah.

Bermakna, jika ada anggotanya berpendapat wujud penyelewengan dan yakin mempunyai bukti kukuh, tetapi tidak diambil tindakan setelah dikemukakan mengikut saluran parti, anggota berkenaan terpaksa mendiamkan perkara itu.

Bukankah itu menyekat keadilan daripada ditegakkan dan menyokong kebarangkalian wujudnya kebatilan, kemungkaran, penyelewengan, salah laku serta penindasan dan lain-lain lagi?

Pada hari ini juga, akibat wujudnya undang-undang itu dalam PKR, maka seorang anggotanya sendiri yang mengheret parti itu ke mahkamah berhubung kepinncangan proses pemilihan penuh kontroversi parti itu kini bukan lagi anggotanya.

Tan berkata, ini kerana tindakan Nasharuddin Md Isa daripada PKR Cabang Ampang itu bertentangan dengan larangan dalam perlembagaan parti.

“Saudara Nasharuddin Md Isa (Cabang Ampang), beliau telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Jun 2014.

“Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, “Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara otomatik.

“Dengan ini tergugur keanggotaannya dari Parti Keadilan Rakyat,” katanya menurut kenyataan tersebut.

Nasharudin, Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Ampang memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 2.45 petang Jumaat lalu.

Beliau menamakan tiga defendan iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul; JPP sendiri dan Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Menurut Nasharudin, tindakan mahkamah itu adalah jalan terakhir bagi menuntut keadilan daripada Parti KEADILAN Rakyat (PKR) itu berikutan dua aduannya kepada JPP sebelum ini tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya walaupun semua bukti kukuh dikemukakan.

Ini kerana beliau yakin terdapat unsur rasuah oleh defendan ketiga (Zuraida), wakil serta penyokongnya hingga mempengaruhi keputusan pemilihan bagi Cabang Ampang.

Nasharudin mendakwa beliau telah mengemukakan bantahan sebanyak dua kali pada 21 dan 22 Mei lalu, namun JPP tetap meneruskan pengiraan undi dan mengesahkan keputusan.

Pemilihan PKR Cabang Ampang diadakan pada 11 Mei lalu dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen PKR Ampang diisytihar berjaya mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang.

Jadi ada baiknya PKR cermin diri, dan bersihkan laman rumah sendiri dahulu, sebelum sibuk menuding jari menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan.

Jika tidak, sekali lagi malah berterrusan…bidalan “Ibarat ayam jantan yang kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis” bolleh terus digunapakai ke atas PKR.

Cakap biarlah serupa bikin.

Dalam pada itu Lembaga Disiplin PKR juga mengambil tindakan untuk memecat empat ahlinya ekoran kesalahan melibatkan proses pemilihan bagi cabang Kota Raja.

Mereka yang dipecat adalah Nallasamy Kumarasamy, Sathiaseelan Nagamuthu, Vijay Kumar Samy dan Mohanathas Alagan.

Keempat-empat mereka didapati bersalah kerana melakukan kekecohan dan kekasaran sepanjang pemilihan berlangsung pada 11 Mei dan 22 Jun lalu.

Sementara itu, Mustapha Mohd Talib dari Cabang Kuala Selangor digantung keanggotaan setahun serta merta atas dakwaan mengemukakan ugutan kepada calon yang bertanding di cabang tersebut.

Mustapha adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

“Beliau telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

“Mustapha Mohd Talib dengan ini digantung keanggotaannya selama setahun, bermula serta-merta,” katanya.

Semua keputusan berhubung tindakan yang diumumkan Tan hari ini diambil setelah mendapat kata sepakat melalui mesyuarat biro politik yang diadakan pada Selasa, 1 Julai.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan turut dihadiri anggota-anggota biro politik yang lain.

Berkaitan