PM Akan Sampaikan Amanat Penting Malam Nanti – @NajibRazak - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting ketika buat julung kalinya menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di hadapan penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam esok.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ucapan Perdana Menteri juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TVi pada 8.45 malam.

“Perdana Menteri akan berucap di hadapan kira-kira 800 hadirin yang terdiri daripada Menteri Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, anggota parti komponen Barisan Nasional dan badan bukan kerajaan.

“Pada saat itu beliau dijangka akan menekankan perkara utama pentingnya perubahan besar yang beliau fikirkan wajar bagi kerajaan dan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-Labinet bagi kementeriannya di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rais berharap seluruh lapisan masyarakat termasuk di Sabah dan Sarawak menyaksikan ucapan pemimpin tertinggi negara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini berikutan Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan ke-54.

Beliau berkata, reaksi dari barisan pemimpin negeri termasuk di Sabah dan Sarawak dijangka turut akan disiarkan secara langsung sejurus selepas ucapan Najib.

“Kita sedang mengatur agar studio di Sabah dan Sarawak bersiap-sedia dan secara spontan membuka saluran agar dapat menerima siaran secara jelas dan berkemungkinan ketua-ketua menteri memberi penjelasan selepas ucapan itu dan di Semenanjung Malaysia, kita sedang mengatur reaksi turutan sekuel selepas ucapan itu,” katanya.
Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan saluran televisyen lain seperti Media Prima Berhad untuk menyiarkan ucapan itu supaya semua lapisan masyarakat mendengar amanat berkenaan.

“Saya yakin penyampaian ini sekali gus (membolehkan) rakyat Malaysia terutama rakan-rakan di Sabah dan Sarawak berpeluang mendengar (ucapan) dari dekat dan secara intim penyampaian tersebut,” katanya.

Hari Kebangsaan akan disambut serentak dengan Hari Malaysia Jumaat ini dengan bertemakan ‘1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’.

UTAMABERITAPM Akan Sampaikan Amanat Penting Malam Nanti - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium