PM arah akaun 1MDB disemak Jabatan Audit Negara - pakdin.my

wpid-1mdb.jpg

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan pengesahan bebas akaun syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad, (1MDB).

Laporan Ketua Audit Negara itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, (PAC) parlimen untuk di semak, kata kenyataan pejabat Perdana Menteri.

PAC dianggotai ahli parlimen daripada Barisan Nasional, (BN) dan pakatan pembangkang, (PR).

“Jika terbukti berlaku salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib menerusi kenyataan itu yang dibuat selepas wakil 1MDB dan wakil pengaudit syarikat itu, Deloitte dipanggil memberi penerangan kepada jemaah kabinet tengahari tadi.

Wakil 1MDB memberi penerangan berhubung situasi terkini syarikat dan turut memberikan jawapan terhadap pelbagai soalan yang dikemukakan anggota kabinet termasuk oleh Perdana Menteri dan timbalannya.

Deloitte pula memberikan gambaran menyeluruh hubungan dengan 1MDB dan mengesahkan audit akaun syarikat.

Kabinet juga diberitahu mengenai isu terbaru terhadap 1MDB berhubung transaksi membabitkan pihak ketiga iaitu PetroSaudi, sedangkan 1MDB sudah mendapat pulangan penuh dari pelaburan itu.

Sehubungan itu, kabinet melahirkan keyakinan tiada salah laku dalam 1MDB selepas majlis penerangan itu dan menyuarakan harapan agar 1MDB dibenar melaksanakan cadangan yang terhasil dari kajian strategik syarikat itu.

UTAMAEDITORIAL1MDBPM arah akaun 1MDB disemak Jabatan Audit Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium