PM Atas Jemputan, Adik, Kenalan Belanja Sendiri

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

“Rombongan Perdana Menteri itu turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir, Datin Seri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

“Selain itu, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini,” katanya.

Najib juga telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

Adik serta kenalan Perdana Menteri yang membuat lawatan tersebut telah menggunakan perbelanjaan sendiri ke tanah suci.

Sementara ibunya Tun Rahah sahaja yang bersama Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

“Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.

“Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi, ” ujarnya lagi.

*****

PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI BERKENAAN LAWATAN KERJA KE ARAB SAUDI

Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir, Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.

YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf “TETAMU NEGARA” oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pejabat Perdana Menteri
10 Disember 2018

Comments (33)

  1. Ned Salleh Jan 10, 2018 @ 21:19
  2. Iszmael Maverick Jan 10, 2018 @ 21:27
  3. Ahmed Baqthiar Mat Saad Jan 10, 2018 @ 21:44
  4. Mohd Rezarusan Jan 10, 2018 @ 22:03
  5. Nasir Aman Jan 10, 2018 @ 22:05
  6. Amirul Ashraf Jan 10, 2018 @ 23:14
  7. Mohd Azizafril Abu Hasan Jan 10, 2018 @ 23:48
    • Fadzilah Omar Jan 11, 2018 @ 14:29
    • Mohd Azizafril Abu Hasan Jan 11, 2018 @ 14:50
    • Azizi Ggm Jan 11, 2018 @ 16:57
    • En Zam Jan 11, 2018 @ 18:36
    • Mohd Azizafril Abu Hasan Jan 11, 2018 @ 20:05
    • En Zam Jan 11, 2018 @ 20:21
    • Azizi Ggm Jan 11, 2018 @ 20:23
    • Hamri Hamri Hamri Jan 11, 2018 @ 20:26
    • Mohd Azizafril Abu Hasan Jan 11, 2018 @ 20:41
    • Mohamed Iman Muestafa Jan 11, 2018 @ 21:31
    • Azizan Mahmud Jan 11, 2018 @ 22:28
    • Mohd Azizafril Abu Hasan Jan 11, 2018 @ 23:20
  8. Shaharudin Husin Jan 11, 2018 @ 11:51
  9. Baharin Ibrahim Jan 11, 2018 @ 17:20
  10. Awang Mahathir Jan 11, 2018 @ 18:26
  11. Khir Ismail Jan 11, 2018 @ 20:14
  12. Mohd Halit Jan 11, 2018 @ 21:45
  13. Azizan Mahmud Jan 11, 2018 @ 22:30
  14. Mohd Mahizan M N Jan 11, 2018 @ 23:46
  15. Rohaya Mohd Zain Jan 12, 2018 @ 10:47
    • Hafizah Adnan Jan 12, 2018 @ 10:50
    • Rohaya Mohd Zain Jan 12, 2018 @ 11:12
  16. Kamarudin Abd Razak Jan 13, 2018 @ 9:56
    • Abu Zaha Jan 13, 2018 @ 10:39
  17. Rozali Rahim Jan 14, 2018 @ 16:58

Leave a Reply