PM Australia Sokong Pandangan Najib #MH370 Hilang Di Lautan Hindi - pakdin.my

Tony Abbott
Tony Abbott

Perdana Menteri Australia Tony Abbott menyokong pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di Lautan Hindi.

“Berdasarkan bukti dikumpulkan mendapati pesawat itu telah hilang dan ia hilang di kawasan selatan Lautan Hindi,” katanya kepada pemberita di pusat koordinasi pencarian pesawat itu di pangkalan tentera udara Australia di Perth, menurut laporan agensi berita AFP, Isnin.

“Bukti itu jelas amat kukuh dan saya fikir Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak berhak membuat rumusan itu, dan saya fikir sebaik sahaja rumusan itu dicapai, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengumumkan rumusan itu,” kata Abbott dipetik oleh agensi berita itu.

Pesawat Boeing 777-200ER itu, membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada 24 Mac, Najib mengumumkan bahawa berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Pengumuman itu telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu yang menggesa pihak berkuasa membuat rumusan konkrit daripada bukti diperoleh.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, agensi berita Reuters memetik Abbott sebagai berkata Australia tidak menetapkan tempoh tertentu bagi misi mencari pesawat Malaysia itu.

“Saya pastinya tidak akan menetapkan tempoh terhadap usaha ini,” katanya dan menambah “usaha pencarian kami dan tahap operasi diperhebat, bukan dikurangkan”.

Agensi berita itu melaporkan sejumlah 20 pesawat dan kapal terlibat dalam misi mencari MH370 di kawasan terpencil barat daya perairan Australia pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Abbott turut memuji usaha tanpa mengenal penat lelah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disfatkannya sebagai “luar biasa” dalam misi mencari MH370.

UTAMABERITAPM Australia Sokong Pandangan Najib #MH370 Hilang Di Lautan Hindi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium