24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

PM Bakal Bentang Usul Mansuh 2 Akta Minggu Depan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membentangkan usul memansuhkan Akta Buang Negeri 1956 dan Akta Kediaman Terhad 1933 pada sesi persidangan Dewan Rakyat minggu depan.

Katanya pindaan ke atas Seksyen 27 Akta Polis 1967 akan dibentangkan pada November ini manakala usul pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan digantikan dengan dua akta baru akan dibentangkan pada Mac tahun depan.

“Yang mana boleh kita buat cepat, kita buat cepat.

“Kita kena beri tumpuan supaya langkah menepati hasrat dan tujuan. Kita tidak boleh terburu-buru. Ada banyak perkara yang perlu dikaji dengan teliti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini pada Jumaat.

Presiden Umno itu berkata Majlis Tertinggi Umno memberi sokongan penuh kepada pengumuman beliau pada malam menjelang Hari Malaysia 15 September lepas untukmemansuhkan beberapa enakmen termasuk Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933serta pemansuhan ISA yang akan digantikan dengan dua akta baru.

Beliau berkata langkah untuk memansuhkan beberapa akta dilihat sebagai pelengkap kepada proses transformasi yang bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan terkini ialah Program Transformasi Politik (PTP).

“Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai agenda yang komprehensif dan menyeluruh untuk membawa negara kita menjurus kepada sebuah negara yang bukan sahaja maju daripada segi ekonomi tapi juga dapat menjadi sebuah negara yang sejajar dengan negara lain yang mengamalkan demokrasi, yang dikatakan demokrasi moden yang progresif,” katanya.

Najib menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya undang-undang baru itu akan digubal di bawah ‘semangat serta payung’ Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan itu juga, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

ISA Dimansuh Mac 2012

Datuk Seri Najib berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA akan mula dimansuhkan Mac tahun depan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
Kita kena beri tumpuan supaya langkah kita hasrat dan tumpuan banyak perkara dikaji tak boleh secara terburu-buru. Alhamdulillah setakat ni kita akan teruskan program penerangan di mana pemimpin UMNO terlibat beri penjelasan peringkat akar umbi. Kebanyakan memahami tapi proses mesti diteruskan lagi.

Sesi parlimen akan datang katanya bakal menyaksikan dua akta baru dibentangkan membabitkan Akta Darurat dan Akta Kediaman Terhad.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan