25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

PM Jumpa Pemimpin Akar Umbi BN Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adakan pertemuan lebih dua jam dengan pemimpin akar umbi Barisan Nasional Selangor sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, di shah Alam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberikan amanat kepada jentera pilihan raya BN pada perhimpunan itu yang bermula pada 8.30 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tiba pada 10.20 pagi dan disambut oleh pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat sebelum menyampaikan amanatnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G.Palanivel, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas.

 

………………………………………………..

Najib Beri Amanat Kepada Pilihan Raya Jentera BN Selangor

 SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat, mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan pemimpin akar umbi Barisan Nasional Selangor sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberikan amanat kepada jentera pilihan raya BN pada perhimpunan itu yang bermula pada 8.30 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tiba pada 10.20 pagi dan disambut oleh pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat sebelum menyampaikan amanatnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G.Palanivel, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata Perdana Menteri mengingatkan mereka yang hadir bahawa jentera yang berdisiplin dan berkesan di peringkat akar umbi adalah penting untuk merealisasikan segala rancangan dan strategi untuk menawan kembali Selangor daripada pembangkang.

Beliau berkata Najib mahu agar jentera BN mengekalkan semangat dan keinginan yang kukuh untuk menang di Selangor setelah mereka mengalami pengalaman pahit duduk di bawah pemerintahan kerajaan negeri sekarang.

“Amanat Perdana Menteri itu meningkatkan iltizam mereka untuk mengukuhkan susunan jentera parti,” kata Mohd Zin.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan