Monday - August 2, 2021 @ 04:14
POLITIKPM LANCAR KIT #JOMBERTINDAK.. JOM REGISTER!!!

PM LANCAR KIT #JOMBERTINDAK.. JOM REGISTER!!!

KIT #JOMBERTINDAKMenarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan ‘Jom Bertindak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.

Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi.

Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.

Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.

Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here