PM menghadap Agong pagi ini – MB Kedah bertukar - pakdin.my

najib-menghadap-agong-tukar-mb-kedah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi ini.

Memetik laporan sebuah portal, kereta rasmi kerajaan yang membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi tadi.

Difahamkan, sumber terdekat portal tersebut mendakwa Najib menghadap Seri Paduka dengan membawa senarai calon Menteri Besar Kedah ke-12 untuk dipersembahkan dan mendapat perkenan Tuanku.

Sebelum ini, suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila barisan‎ kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

UTAMAPOLITIKPM menghadap Agong pagi ini - MB Kedah bertukar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium