Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi Jumaat, bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pertemuan dijangka berlangsung di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.
Setakat ini belum ada pengesahan rasmi, namun sumber terdekat dengan pentadbiran negeri mengesahkan pertemuan yang dijangka berlangsung jam 8.30 pagi.
Ketika dihubungi malam ini, Bakar mengesahkan sudah berada di ibu negara, tetapi enggan mengulas lanjut.
Mukhriz dijadualkan turut berada di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada sebelah petang.
Kedudukan Menteri Besar Kedah menjadi polemik apabila kepimpinan Mukhriz ditolak sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah serta kepimpinan UMNO bahagian negeri itu.
Ada antara Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menyokong pertukaran pucuk kepimpinan negeri, turut tidak menghadiri Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Mukhriz di Wisma Darul Aman pada Rabu lalu.
Selain itu, sebahagian besar ADUN Barisan Nasional (BN) daripada UMNO juga dikatakan sudah menandatangani Akuan Berkanun akan menyokong pertukaran dan pelantikan Menteri Besar yang baharu.
PM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah https://t.co/pZHlKQ0Z6u
Saiful Torres liked this on Facebook.
Rusdi Ojan liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Shahir Roni liked this on Facebook.
Ikhwan Firdaus liked this on Facebook.
Alan Yan liked this on Facebook.
PM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah https://t.co/4hcpvflRhf
Ahmad Kamimi liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
RT @CyTroHS: PM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah: Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Su… https://t.co…
Azmi Haron liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.
Dato Izaham Kasim liked this on Facebook.
Fiz Hafiz liked this on Facebook.
Abdullah Sani liked this on Facebook.
Mohd Idrus liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Wan Yahya liked this on Facebook.
Masri Markom liked this on Facebook.
Rosnizana Mohd Soud liked this on Facebook.