PM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah - pakdin.my

jemaah-pemangku-sultan-kedah

Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi Jumaat, bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pertemuan dijangka berlangsung di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi, namun sumber terdekat dengan pentadbiran negeri mengesahkan pertemuan yang dijangka berlangsung jam 8.30 pagi.

Ketika dihubungi malam ini, Bakar mengesahkan sudah berada di ibu negara, tetapi enggan mengulas lanjut.

Mukhriz dijadualkan turut berada di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada sebelah petang.

Kedudukan Menteri Besar Kedah menjadi polemik apabila kepimpinan Mukhriz ditolak sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah serta kepimpinan UMNO bahagian negeri itu.

Ada antara Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menyokong pertukaran pucuk kepimpinan negeri, turut tidak menghadiri Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Mukhriz di Wisma Darul Aman pada Rabu lalu.

Selain itu, sebahagian besar ADUN Barisan Nasional (BN) daripada UMNO juga dikatakan sudah menandatangani Akuan Berkanun akan menyokong pertukaran dan pelantikan Menteri Besar yang baharu.

UTAMAPOLITIKPM menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium