PM Najib yakin dengan kemampuan Ahmad Bashah majukan Kedah - pakdin.my

Yang santapan hariannya persepsi dan fitnah mesti tak suka dan meluat dengan keyakinan PM terhadap Ahmad Bashah.

PM bersama Ahmad Bashah selesai menunaikan solat Jumaat di Sungai Petani, Kedah
PM bersama Ahmad Bashah selesai menunaikan solat Jumaat di Sungai Petani, Kedah

KULIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai kemampuan untuk membawa Kedah menjadi lebih maju.

Katanya, beliau juga percaya Ahmad Bashah mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan supaya rakyat mendapat lebih rezeki selain menjaga kebajikan seluruh rakyat.

“Saya dan rakan-rakan (dalam kerajaan Persekutuan) ucapkan tahniah kepada Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu, dan selamat bertugas,” katanya pada awal ucapannya ketika merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas di sini hari ini.

najib-ahmad bashah-lunas

Selain Ahmad Bashah, turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Semalam, Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan dua hari lepas.

UTAMAPOLITIKPM Najib yakin dengan kemampuan Ahmad Bashah majukan Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium