PM @NajibRazak Kunjungi Sarawak Sempena Gawai Dayak - pakdin.my

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan sempena hari Gawai Dayak di kawasan Iban, daerah Betong, Pakan dan Julau di Sarawak pada 3 Jun, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Isnin.

Beliau berkata Najib yang akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka menyertai Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Taib dan kenamaan negeri yang lain untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan, merayakan pesta menuai tahunan itu yang disambut masyarakat Dayak, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan di Betong.

“Ia merupakan peluang bagi perdana menteri untuk merasai suasana di kawasaan pedalaman selain menikmati juadah Gawai Dayak dan pelbagai budaya serta tradisi Dayak yang akan dipersembah pada sambutan itu,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa induk negeri bagi persiapan lawatan itu di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini.

Beliau berkata Najib dan rombongannya akan turut melawat Rumah George Chungut 34 pintu, Nanga Nansang di Pakan dekat Sarikei sebelum ke Julau.

Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom akan menyambut Najib di Pakan sementara Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang akan menyambut beliau di Julau, di mana beliau akan melawat Rumah Jana anak Saweng di Matop, katanya.

Beliau berkata perdana menteri akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur lewat petang.

UTAMABERITAPM @NajibRazak Kunjungi Sarawak Sempena Gawai Dayak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium