25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

PM @NajibRazak Lahir Keinginan Ke Gaza, Kata Perdana Menteri Hamas

Ismail HaniyehGAZA: Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan keinginannya untuk ke Gaza tahun depan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Najib selepas beliau yang menelefon Najib petang Selasa untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas segala bantuan yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

“Saya membuat jemputan peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza,” katanya sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), di sini.

Pertemuan itu diadakan di sebuah dewan kecil di pinggiran pantai Gaza, selepas pejabat asalnya sebelum ini dimusnahkan tentera Israel dalam serangan lapan hari bulan lepas.

Beliau dalam ucapannya dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya turut melahirkan rasa bangga melihat bendera Malaysia berkibar bersama-sama bendera Palestin dalam sambutan ulang tahun Hamas ke 25 baru-baru ini.

“Ini menekankan betapa dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami berbangga kerana rayat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu utama di dalam negara,” katanya.

Haniyeh turut menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat sekiranya keadaan di Palestin kembali stabil.

Jalur Gemilang Berkibar Di Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Hamas-4






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan