PM Persoal Kabinet Bayangan Pembangkang - pakdin.my

×

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan kali ke-41 dengan tema “Satu Hati” di sini, Ahad.

Pembangkang tidak layak bercakap mengenai hasrat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan sedangkan mereka masih belum bersedia dengan kabinet bayangan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kabinet bayangan adalah perkara asas bagi pembangkang namun menegaskan mereka gagal untuk berbuat demikian.

 

“Kenapa mereka masih belum buat (kabiner bayangan)? Adakah mereka takut dan masih tidak tahu jawatan apa nak diberikan kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang atau (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu?

 

“Jangan cakap mengenai nak tubuh kerajaan, buat kabinet bayangan dulu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, Ahad.

 

Mengambil contoh mengenai pertikaian perlaksanaan hukum hudud, Najib berkata pakatan pembangkang gagal mencapai persefahaman hingga menimbulkan perbalahan antara PAS dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

 

“Jika tidak mempunyai polisi bersama terhadap sesuatu perkara asas, bagaimana nak mentadbir sebuah kerajaan? Anda tidak mempunyai kredibiliti untuk menguruskan kerajaan,” katanya.

UTAMABERITAPM Persoal Kabinet Bayangan Pembangkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium