PM SELAR PIHAK SAMAKAN BANTUAN KERAJAAN DENGAN DEDAK - pakdin.my

najib-dedak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar pihak yang menyamakan bantuan kerajaan kepada rakyat dengan dedak.

Beliau menyifatkan tindakan sedemikian sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

“Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Perdana menteri juga meminta pihak berkenaan agar tidak meneruskan perbuatan itu dan merendahkan bantuan yang kerajaan hulurkan kepada rakyat.

“Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat dan merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

UTAMAPOLITIKPM SELAR PIHAK SAMAKAN BANTUAN KERAJAAN DENGAN DEDAK

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium