PM Singapura arah siasat punca kematian kambing korban - pakdin.my

20160912-kambing-korban-singapura-mati-jpg

Kematian 121 ekor kambing setibanya di Singapura untuk dijadikan korban mendapat perhatian Perdana Menteri Lee Hsien Loong apabila beliau mengarahkan siasatan bagi mengetahui punca kejadian itu berlaku.

“Umat Islam turut melaksanakan ibadah korban hari ini (Isnin). Mereka mengedarkan daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik dan juga berkongsinya bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Malangnya saya diberitahu ada beberapa kambing yang mati dalam perjalanan ke Singapura,” katanya dalam posting Facebook beliau.

Lee turut mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam Singapura.

Dilaporkan pada Ahad lebih daripada 3,500 ekor kambing tiba di Singapura daripada Australia dan Ireland untuk dilakukan ibadah korban di 26 masjid sempena Aidiladha.

Sejumlah 1,867 kambing yang tiba dari Australia pada Jumaat dibawa ke 13 pusat korban yang diluluskan pihak berkuasa Australia.

Namun daripada 1,704 ekor yang diimport dari Ireland pada Sabtu, sebanyak 121 ekor daripadanya didapati mati sebaik tiba.

Jawatankuasa Korban Masjid Singapura (JKMS) dilapor sebagai berkata post mortem yang dilakukan menunjukkan tekanan kepanasan menyebabkan kematian tersebut.

“Sungguhpun begitu, ibadah korban tetap berlangsung seperti yang dijadualkan. Mereka yang telah menempah untuk melakukan korban boleh melakukannya.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memastikan ibadah korban dapat disempurnakan,” kata Lee.

Beliau turut berharap semua jemaah haji Singapura selamat dan dapat menyempurnakan haji mereka dengan baik.

“Tahun ini, 680 jemaah Singapura mengerjakan ibadah haji. Haji adalah rukun Islam yang kelima. Setiap tahun, berjuta-juta umat Islam berhimpun di Tanah Suci di Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah ini,” katanya.

UTAMADUNIAPM Singapura arah siasat punca kematian kambing korban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium