PM Singapura Lee Kembali Berkuasa, Menang 83 Kerusi Daripada 89 Kerusi Parlimen - pakdin.my

pilihanraya-singapore-2015

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kembali berkuasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura yang menyaksikan pertandingan dalam semua kerusi Parlimen dalam sejarah republik itu.

Parti yang telah memerintah Singapura sejak 1959 itu telah memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen dalam PRU hari ini untuk meneruskan kepimpinan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, pembangkang, Parti Pekerja (WP) pula mempertahankan enam kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya lepas pada 2011.

Ia juga ialah pilihan raya umum yang pertama selepas kematian perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew yang meninggal dunia ketika berusia 91 tahun pada 23 Mac lepas.

Setakat pukul 1 pagi ini, lebih dua juta undi telah dikira. Pengundi yang layak mengundi ialah 2.46 juta orang.

Bagi pilihan raya umum 2015, calon dari sembilan parti politik termasuk PAP (89 kerusi bertanding), bersaing bagi 16 kerusi Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) dan 13 Kerusi Pilihan Raya Kerusi Tunggal (SMC) untuk mengisi 89 kerusi Parlimen.

Lapan lagi parti ialah WP (28 kerusi), Parti Rakyat Singapura (SPP) (8), Parti Demokratik Singapura (11), Parti Perpaduan Nasional (12), Perikatan Demokratik Singapura (6), Parti Reformasi (11), Parti Warga Diutamakan (10) dan Parti Kuasa Rakyat (4).

Untuk kali pertama sejak 2001, dua calon bebas, Han Hui Hui dan Samir Salim Neji, bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

UTAMADUNIAPM Singapura Lee Kembali Berkuasa, Menang 83 Kerusi Daripada 89 Kerusi Parlimen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium