PM tiada peranan di Jabatan Peguam Negara

1mdb-peguam-negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berperanan dalam tatacara pengurusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagaimana yang dilaporkan dalam laman portal BNBBC.my hari ini.

“Kami adalah bebas, kami akan menentukan mengikut undang-undang,” katanya.

Menurut Mohamad Apandi, pejabatnya sedang meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung siasatan ke atas syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu.

“Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada komen. Kertas siasatan itu dihantar kepada kami lewat petang atau sebelum pukul lima petang pada hari Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz) mengadakan sidang akhbar,” katanya.

Dalam sidang pada 13 Ogos lalu bagi mengumumkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia, Zeti memberitahu, Bank Negara menyelesaikan siasatan berhubung transaksi oleh 1MDB dan cadangan untuk tindakan bersesuaian.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here