PM TIBA UNTUK LAWATAN KE SARAWAK - pakdin.my

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini sebentar tadi bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Kedatangan Perdana Menteri disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat.

Najib dijadual merasmikan Jambatan Batang Sadong bernilai kira-kira RM211 juta kira-kira jam 9 pagi esok sempena lawatan kerjanya ke Sarawak.

Ia sebahagian daripada projek prasarana yang diberikan tumpuan oleh beliau ketika mengadakan lawatan ke kawasan terbabit sejurus mengambilalih tampuk kepemimpinan negara pada 2011.

Projek Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer juga sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kecekapan sistem perhubungan darat bagi kawasan pesisir negeri ini, sekali gus menyumbang kepada kemajuan setempat.

Pada jam 2.30 petang esok pula, Perdana Menteri dijadual merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (8 Pakej Kerja Jajaran ke Miri) di Eastwood Valley Club, Miri.

Difahamkan, lapan fasa terbaharu itu adalah pelengkap rangkaian lebuh raya berkenaan yang pertama seumpamanya dibina di Sarawak.

20161218-najib-razak-lawatan-rasmi-sarawak

UTAMABERITAPM TIBA UNTUK LAWATAN KE SARAWAK

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium