24.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

PM: Tolak Dan Kecam Penyataan Mempersenda Pergorbanan Pejuang-Pejuang Negara

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang penyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekehkan pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka.

“Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang.

“Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional,” katanya dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 yang disiarkan melalui RTM di sini, malam ini.

Seruan beliau berikutan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini yang memperkecilkan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan memperagungkan pengganas komunis.

Perdana Menteri juga mengingatkan apa yang telah dikecapi kini semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal bestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara.

“Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap sanubari kita,” katanya.

Beliau berkata sempena perayaan Aidilfitri dan kehangatan menyambut Hari Kemerdekaan pada Rabu ini, membawa permaknaan dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi Malaysia yang makmur serta bebas dari sebarang ancaman dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

“Kedua-dua perayaan ini menpunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi,” katanya.

“Hakikatnya bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok secara berperingkat dalam membantu rakyat menangani fenomena kenaikan kos hidup.

Katanya, pelbagai langkah awal telah diambil, termasuk menjadikan matlamat menangani kos hidup semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan menwujudkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, antara beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung ialah Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan barangan keperluan yang mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

Di samping itu, Klinik-Klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran RM1 serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dengan peruntukan berjumlah RM1.4 Bilion kepada 500,000 warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.

Beliau berkata kerajaan juga akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung, terutamanya subsidi bahan makanan terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula.

Begitu juga dengan bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, katanya.

“Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fisikal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun kerajaan tetap akan berusaha mencari mekanisme terbaik bagi menangani masalah tersebut dan kos kehidupan yang tinggi.

Mengenai Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang, katanya ia membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.

Dalam pada itu, Najib menegaskan usaha kerajaan tidak terhenti kerana melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober, akan mengumumkan langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Beliau yang bangga dengan pencapaian negara, mengibaratkan Malaysia sebagai sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik serta kegoncangan ekonomi yang bertali arus.

“Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau ‘bailout’.

“Sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada 1.4 juta penjawat awam yang menelan belanja RM2 bilion menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat agar tidak sesekali terbuai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai setakat ini kerana matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional sejak negara mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata kerajaan terus melaksanakan pelbagai program proaktif bagi memastikan pencipataan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat.

“Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera di mana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...