@NajibRazak Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Koperal Mustaghni - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Mustaghni Tabri, yang meninggal dunia, dua hari lalu, selepas enam hari koma.

Ucapan itu disampaikan menerusi Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim yang menziarahi keluarga itu, siang tadi.

DATUK ABDUL AZEEZ RAHIM / PRESIDEN KELAB PUTRA 1MALAYSIA

“Kita rasa sedih dan saya sampaikan ucapan takziah YAB PM dan sumbangan kepada balu dan anaknya. Alhamdulillah mereka tawakal dan redha dengan apa yang berlaku. Kes ni dalam siasatan polis, biarlah polis lakukan yang terbaik”.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai 20 ribu ringgit kepada balu Allahyarham, Norizan Shahidin.

Allahyarham Koperal Mustaghni, cedera ketika menyertai operasi cegah lumba haram di Taman Gembira, Klang, Isnin lalu.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada lontaran objek mengenai belakang kepala mangsa.

Polis percaya lontaran itu dilakukan seorang anggota polis yang turut serta dalam operasi itu.

UTAMABERITA@NajibRazak Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Koperal Mustaghni

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium