PM Ulas Isu FGV Esok

Kongsi:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengulas mengenai isu berkaitan Felda Global Ventures (FGV) esok.

Saya akan mengulas isu ini ketika saya melawat Felda di Johor esok,” kata Najib ringkas.

Najib menjawab soalan media pada sidang akhbar sejurus mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi.

Sebelum ini empat pengurusan kanan FGV iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd. Karim diarahkan bercuti serta-merta.

Ini bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga syarikat.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.