31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

PM Umum RM30 Juta ukur Tanah Adat Sarawak

Najib-Wilson-Begat-Bakir-longhouse-Penom

BETONG (Sarawak) — Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses mengesahkan hak pemilikannya.

“Jumlah ini (yang telah diperuntukkan sebelum ini) perlu ditambah lagi untuk tahun depan dan tahun 2015 bagi membolehkan sejumlah 680,000 hektar tanah adat di negeri ini siap pengukurannya,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di Betong.

Menurutnya, usaha pengukuran perimeter tanah adat ini adalah di antara aku janji pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang akan ditunaikan.

“Dalam pilihan raya umum ini, masyarakat pribumi dan di luar bandar Sarawak telah menjadi tunjang kepada kemenangan Barisan Nasional,” katanya.

Perdana Menteri berkata sokongan padu yang ditunjukkan oleh pengundi pribumi dan di luar bandar Sarawak semasa PRU13 lepas tidak akan disia-siakan oleh kerajaan BN.

Katanya, sebagai langkah pertama untuk menghargai sokongan ini, beliau telah mengambil keputusan menambah lebih ramai lagi anggota Parlimen dari Sarawak ke dalam Kabinet Persekutuan.

“Tidak pernah dalam sejarah di negara kita, seramai tujuh orang dari Sarawak berada dalam Kabinet Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata kemakmuran di Sarawak tidak akan terhenti di kawasan bandar sahaja malah akan diperhebatkan lagi di kawasan luar bandar.

“Kita akan memastikan pembangunan negara kita akan diagihkan secara saksama,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas dalam ucapannya berkata program transformasi Perdana Menteri telah banyak memberikan manfaat kepada penduduk di luar bandar.

Katanya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program transformasi luar bandar telah berjaya meringankan beban rakyat di samping dapat meningkatkan lagi kemudahan khususnya di luar bandar.

“Kita yakin Datuk Seri Najib mampu membawa negara kita untuk lebih maju lagi dan membawa banyak lagi pembangunan supaya esok untuk kita akan menjadi lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, beberapa menteri Kabinet persekutuan dan negeri adalah antara tetamu yang hadir pada majlis itu.

Lawatan Najib ke Sarawak merupakan sebahagian daripada program sambutan Gawai Dayak dengan beliau turut singgah di dua buah lagi rumah panjang iaitu di Pakan, Sarikei dan di Selangau, Sibu.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan