Pogba kunjungi Makkah

Bintang Manchester United, Paul Pogba memanfaatkan bulan Ramadan apabila mengunjungi Makkah.

Pogba berada kota suci itu bersama beberapa rakan termasuk Kurt Zouma yang beraksi bersamanya dalam skuad Perancis.

Ini bukan kali pertama Pogba berkunjung ke Makkah sebaliknya pernah melakukannya pada dua musim sebelum ini.

Pemain yang dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford itu turut memuat naik dua keping gambar dalam akaun sosial media Instagram miliknya.

“Jangan lupakan perkara penting dalam hidup,” katanya menerusi gambar yang dimuatnaik.

United menamatkan musim ini dengan kekecewaan selepas tunduk 0-2 kepada Cardiff City untuk menamatkan saingan musim ini di tangga keenam serta terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ketika ini, Pogba muncul sebagai sasaran utama Zinadine Zidane untuk dibawa masuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid. -Agensi


Comments (No)

Leave a Reply