Pokok Lidah Jin dalam rumah boleh jejas kesihatan

Pokok Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.

- Advertisement -

Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.

Menurut Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.

“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri. Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.

Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.

Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.

Tinjauan Bernama di sebuah tapak semaian di Jalan Kuala Kangsar di sini mendapati, permintaan terhadap pokok Lidah Jin meningkat selepas ia tular antaranya dikatakan boleh membersihkan udara sehingga menyebabkan pengusaha kerap menambah bekalan yang diperoleh dari Cameron Highlands.

Pemilik NCS Craft Garden Landskap, Meizi Chong,32, berkata beliau menjual pokok itu sejak mula beroperasi tiga tahun lepas, namun permintaan sekarang disifatkannya sebagai luar biasa disebabkan tanaman itu kini tular di media sosial.

“Selepas tular, kadang-kadang sehari sampai 10 orang datang cari dan beli, kalau sebelum ini agak kurang,” katanya yang menjual pada harga antara RM8 hingga RM40 mengikut saiz dan lengkap dengan pasu.

Menurut Meizi, penjagaan pokok itu amat mudah, ia hanya perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali seminggu, membuang daun yang kering dan tanaman itu boleh hidup untuk tempoh yang panjang jika diletakkan di tempat sesuai. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

反贪会查槟海隧舞弊案 下周找曹观友彭文宝问话

反贪会就槟城海底隧道涉嫌舞弊案件的调查,下周二(7日),槟州首长曹观友将接受反贪会的问话,而槟州行政议员彭文宝则在7月6日(周一)接受问话。

Jualan kereta Proton melonjak pada Jun 2020

Proton Holdings Bhd mendapat manfaat susulan peningkatan jualan kereta sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun apabila kereta jenama nasional itu diunjur...

Bersatu, PAS tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak – Dr James Masing

Seorang pemimpin Sarawak berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) akan datang...

Tok Mat tak setuju PN guna lambang baru pada PRU15

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat) tidak bersetuju Perikatan Nasional (PN) bertanding sebagai gabungan tunggal yang menggunakan lambang baru pada pilihan raya umum...

Tiga lelaki dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tiga lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang wanita bagi mendapatkan wang tebusan...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?