25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Polemik Menteri Besar Kedah. Siapa Layak, Siapa Tidak dan Mengapa

najib-pwtc-umno-kedah

Setelah politik UMNO berantakan di selatan tanahair, fokus masyarakat Melayu UMNO kini tertumpu kepada negeri Kedah. DS Mukhriz menerima tempelak apabila lebih daripada 50 orang pemimpin yang terdiri daripada ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berkumpul dan sebulat suara mahukan beliau berundur daripada jawatan tersebut.

Mengapa?

Perkara ini bukanlah satu lagi rahsia kepada umum. Sebelum Datuk Bashah mengangkat senjata untuk berperang dengan Menteri Besar, ramai telah mempersoalkan kedudukan DS Mukhriz.

Kerana beliau adalah anak kepada Tun Dr. Mahathir yang memulakan persengketaan dengan DS Najib.

Ramai berpendapat sedemikian. DS Mukhriz perlu berundur kerana ayah beliau telah berperang dengan DS Najib dan sebagai gerak balas, DS Najib memulakan pergerakan untuk menyingkir DS Mukhriz dari tampuk kepimpinan Kedah menggunakan pengaruh beliau terhadap Dato Bashah.

Ini anggapan umum dan anggapan ini SALAH.

Punca pokok kepada permasalahan ini bermula seawal PRU 13 lagi apabila individu yang memperjuangkan UMNO sejak kejatuhan parti ini di Kedah pada PRU 12 adalah Dato Bashah. Beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menangkis dan membongkar salah laku Kerajaan PAS di Kedah. Beliau juga telah menggerakkan jentera UMNO untuk menyebarluas manfaat sekiranya UMNO dipilih rakyat untuk penggal yang akan datang.

Beliau berjaya.

Namun, nikmat hasil kejayaan ini seolah-olah telah dirampas apabila Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta kepada DS Najib untuk mencadangkan DS Mukhriz kepada Istana Kedah untuk diangkat sebagai Menteri Besar.

Permintaan tersebut telah dipenuhi oleh DS Najib.

Aura dan populariti DS Mukhriz telah mengatasi usaha dan penat lelah Dato Bashah. Namun, atas dasar hormat kepada institusi parti, Dato Bashah menerima dengan hati terbuka dan merelakan DS Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar.

Setelah berbulan, didapati DS Mukhriz bukanlah seorang ahli politik yang baik. Beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan di Kuala Lumpur. Jarang-jarang sekali berada di negeri beliau melainkan ada urusan rasmi. Perkara ini turut didorong oleh isteri beliau yang juga tidak berminat untuk bercampur masyarakat dan memilih gaya hidup eksklusif dan tersendiri.

Perlu diingatkan, DS Mukhriz merupakan anak kepada individu paling berkuasa di Malaysia selama 22 tahun. Dan selama itu jugalah beliau tidak pernah menjadi seorang ahli politik. Beliau telah menikmati hidup sebagai seorang bangsawan dan tidak pernah mendampingi kesusahan rakyat ketika itu. Oleh kerana itulah, beliau tampak kekok apabila bersama rakyat dan tidak biasa dengan perkara-perkara yang bagi beliau adalah remeh.

DS Mukhriz juga terkenal dengan sikap beliau yang tidak mengamalkan pemberian wang kepada pengikutnya. Segalanya perlukan kertas kerja dan beliau sendiri akan memeriksa permohonan kewangan tersebut dengan sangat teliti. Ini adalah kerana penglibatan beliau bekerja di syarikat seperti Opcom Holding, Kosmo Tech dan lain-lain syarikat bertaraf antarabangsa

Memang tidak dinafikan bahawa ini adalah satu perkara yang bagus dan perlu dicontohi oleh pemimpin lain.

Namun, sikap beliau ini telah terbawa-bawa apabila untuk meluluskan peruntukan untuk kemudahan rakyat Kedah. DS Mukhriz jarang-jarang sekali meluluskan peruntukan kerana beliau sendiri mahu memeriksa kertas kerja tersebut. Pada hemat beliau sebagai seorang yang sudah lama hidup senang dan latar belakang sebagai pengarah syarikat, beliau tidak mempunyai satu naluri atau pemikiran bahawa permohonan tersebut adalah benar-benar untuk membantu rakyat.

Banyak permohonan peruntukan infrastruktur, program, bantuan dan lain-lain tidak diluluskan atau lambat diluluskan kerana gaya pemikiran beliau yang tidak sealiran dengan gaya pemikiran di peringkat akar-umbi.

Kelemahan DS Mukhriz ini tidak diketahui ramai kerana pasukan media beliau menjalankan tugas dengan sangat baik. Kelemahan beliau ini ditutup dengan gambar-gambar, berita-berita dan pelbagai lagi aktiviti DS Mukhriz yang bersama rakyat. Gambaran propaganda yang dimainkan oleh pasukan media beliau telah mengakibatkan DS Mukhriz disanjungi oleh rakyat di luar negeri Kedah.

Ini adalah kehebatan media sosial. Boleh menukarkan hitam kepada putih dan sebaliknya.

Yang menanggung derita adalah rakyat negeri Kedah yang selama ini tidak menerima apa-apa kemajuan yang bersasar ataupun bantuan daripada kerajaan negeri. Pemimpin masyarakat di peringkat bahagian terpaksa menutup kelemahan ini dengan bekerja lebih kuat lagi untuk meyakinkan rakyat akan kepimpinan DS Mukhriz.

Sekiranya DS Mukhriz terus kekal sebagai MB Kedah, rakyat Kedah akan terus menderita tanpa pembangunan yang kena kepada kehendak mereka dan juga bantuan.

Negeri membangun tetapi rakyat tersisih.

Ini telah mengakibatkan pemimpin tempatan yang membawa suara akar umbi untuk bangkit dan menyuarakan kekecewaan mereka. Dato Bashah telah diangkat untuk membawa suara ini untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Kebangkitan ini adalah perlu untuk menukar gaya pentadbiran negeri. Dato Ahmad Bashah telah menggerakkan seramai 13 orang Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Kedah untuk berkumpul di Hotel Grand Alora di Kedah untuk membuat sidang media menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Hanya 8 sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak turut serta di dalam sidang media tersebut.

Adakah jumlah ini memadai untuk menurunkan DS Mukhriz?

Sudah tentu tidak, tetapi jumlah ini sudah cukup signifikan apabila lebih daripada separuh ADUN BN tidak bersama dengan DS Mukhriz. Walaubagaimana pun, untuk menolak DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah memerlukan sokongan 2/3 Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun dengan kuasa Sultan sendiri.

Walau apapun, kembali kepada persoalan pokok, siapa layak untuk menggantikan DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah bukanlah satu tugas yang mudah dan popular kepada negara. Yang mestinya, DS Mukhriz tidak mampu untuk berkhidmat di negeri. Kemahiran seperti beliau perlu dimanfaatkan di peringkat persekutuan.

Sebagai menteri mungkin.

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. – http://truthvaccine.blogspot.my

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan