29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Polis Akan Buru Individu Yang Salah Guna Laman Sosial

media-sosial-peribadi

Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, termasuk yang menyebar gambar atau berkongsi maklumat yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) akan memantau dan mengesan mereka yang terlibat.

“Pengguna media sosial harus menghentikan dari membuat, menyebar dan berkongsi apa-apa jua bentuk komunikasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam terutamanya yang bersifat menghasut.”

“Saya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka (pengguna) yang menyalahgunakan laman sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Khalid berkata pengguna ini boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

“Mereka (pengguna) wajar melaporkan kepada pihak berkuasa jika menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang berupaya menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara.

Perlu saya ingatkan kembali hak kebebasan bersuara harus diamalkan secara berhemah dan berdasarkan kebenaran,” katanya.

Khalid berkata hak ini tertakluk kepada sekatan yang diterima pakai secara universal dan ditentukan oleh undang-undang khusus bagi tujuan melindungi ketenteraman awam.

Kenyataan Khalid itu adalah merujuk perkembangan kebelakangan ini di media sosial yang semakin sarat dengan fitnah serta penyebaran gambar dan maklumat palsu, seperti menghina kepimpinan negara, selain cuba menjejaskan ketenteraman awam.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan