25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Polis Ambil Keterangan Editor Harakah Daily

Polis pada Selasa menyoal siasat dua editor Harakah Daily setelah satu laporan polis dibuat di Johor yang mendakwa akhbar terbitan PAS itu menyiarkan laporan palsu tentang Mat Indera.

Pengarah Urusan Harakah Daily Datuk Kamarudin Jaafar berkata editor Harakah Daily Online Azmi Yusoff dan Mohd Nazri Abdullah disoal siasat berhubung rencana bertajuk “Mat Indera: Umno Guris Hati Rakyat Johor”, yang disiarkan pada 5 September.

“Polis datang ke pejabat Harakah Daily (di Jalan Pahang di sini) untuk mengambil keterangan daripada editor dan pemberita kami selepas satu laporan polis dibuat di Johor, yang menuduh kami menyiarkan laporan tidak benar tentang Mat Indera. Editor dan pemberita kami menunjukkan kepada polis kenyataan Ketua Pemuda kami dari Johor.

“Mereka (polis) datang pada kira-kira pukul 11 pagi dan keterangan itu diambil sebagai sebahagian daripada penyiasatan. Kami memberi kerjasama secara sukarela kepada polis kerana rencana yang kami hasilkan itu merupakan laporan secara berterus terang,” katanya.

Dalam rencana itu, Harakah Daily memetik ketua PAS Johor, Suhaizan Kaiat sebagai berkata “Umno perlu berhati-hati dalam membuat ulasan tentang peristiwa yang berlaku di Bukit Kepong pada 1950 kerana rakyat Johor tersinggung apabila Umno menyifatkan Mat Indera sebagai pengkhianat negara”.

Terdahulu, Harakah Daily Online melaporkan dua pegawai dari Balai Polis Jalan Tun HS Lee datang ke pejabat Harakah pagi tadi untuk menyoal siasat dua editor berkenaan dan merekodkan keterangan mereka.

Kontroversi mengenai Mat Indera timbul selepas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dalam ucapannya pada 21 Ogos, menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira dan bukan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban semasa mempertahankan balai polis itu.

Mat Indera adalah antara pemimpin komunis yang menyertai serangan itu.

Pelbagai pihak mengkritik Mohamad kerana membuat kenyataan itu, yang beliau dakwa telah diputar belitkan pihak tertentu.

Mohamad, yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnah beliau.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...