Polis belum sahkan laporan tebusan dipancung - pakdin.my

tebusan-dipancung-pdrmTebusan Malaysia warga Sarawak, Bernard Then, 39 yang diculik di Sandakan, Sabah 14 Mei lalu dilaporkan telah dipancung jam 4 petang tadi oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Pulau Jolo, wilayah Sulu, Filipina.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui WhatApps memberitahu bahawa laporan itu belum dapat disahkan.

Beliau juga menambah bahawa Wisma Putra juga sedang menguruskan di peringkat hubungan luar negara bagi mendapatkan maklumat kejadian itu.

Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado dilaporkan The Straits Times Singapore sebagai berkata, Bernard, seorang jurutera, telah dipancung kerana keluarga “tidak mematuhi” tuntutan wang tebusan ‘”semasa rundingan mereka yang mendorong mereka untuk melaksanakan rancangan mereka”.

“Mayat itu segera dikebumikan di kawasan di mana mereka memancung mangsa,” katanya menambah bahawa usaha sedang digerakkan untuk mengesan kubur mangsa.

Then dipancung lebih seminggu selepas kumpulan Abu Sayyaf membebaskan mangsa culik, Thien Nyuk Fun, 50, pengurus Ocean King Seafood Restaurant di Sandakan, Sabah yang diculik bersama Then.

14 Mei lalu, Thien Nyuk Fun, 50, dari Taman Mawar, Jalan Sibuga, Sandakan dan Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur dilarikan dari Restoran Ocean King, Sandakan jam 7.26 malam oleh empat lelaki yang berpakaian celoreng dengan bot laju.

Then sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kaki yang dialaminya sewaktu dalam tahanan yang melambatkan pergerakan penculiknya dalam melarikan diri.

Bagaimanapun terdapat beberapa versi berhubung perkembangan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman juga tidak mengesahkan perkembangan terbaru ini begitu juga dengan pihak berkuasa di Filipina.

Sebelum ini, polis mengenal pasti pemimpin-pemimpin kumpulan di sebalik penculikan Sandakan sebagai Alhabsy Misaya, Alden Bagade dan Angah Adji.

Abu Sayyaf ditubuhkan pejuang Moro pada tahun 1991 dengan pembiayaan Al-Qaeda dan menjadi terkenal mulai Mei 2000 selepas ia menyerang sebuah resort di Sipadan, Malaysia dan menahan 21 tebusan.

UTAMABERITAPolis belum sahkan laporan tebusan dipancung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium