POLIS BILA MAHU TANGKAP RAFIZI? - pakdin.my

19 bulan, Lapiji masih tak mahu bayar. Malah, lebih banyak lagi kesalahannya dibuat

Bulan Mei 2015 dulu RM2,400.

Sekarang sudah RM4,744.52 (termasuk GST kecintaan Lapiji RM2.52 diatas caj perkhidmatan MyEG).

19 bulan dulu dia kata belum semak.

Selama 19 bulan, dia ada masa untuk banyak semak benda lain untuk menabur pelbagai fitnah dan kesilapan tetapi tak cukup masa untuk semak dan bayar saman dia.

Tak apa, kitorang boleh tolong semak bagi pihak Rafizi.

Lain kali kalau kena tangkap lagi oleh polis, bayar sahaja saman di balai polis. Jangan nanti bising pula bila kena gari lagi.


YB Lapiji, sila bayar saman…

20161226-rafizi-bila-mau-bayar-saman

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, didakwa memiliki saman trafik tertunggak berjumlah RM2,400.

“YB Lapiji (Rafizi), sila bayar lapan saman berjumlah RM2,400.00. Pelaksaan AES secara rasmi telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September 2013. Jadi, anda tidak boleh mengadu lagi soal kroni di dalam AES lagi,” tulis seorang pengguna Facebook, Lim Sian See.

Bukan itu sahaja, Sian See secara sinis turut menggesa supaya polis segera memberkas Ahli Parlimen Pandan itu.

“Polis mai tangkap YB Lapiji (Rafizi),” tulisnya.

Mengulas dakwaan itu, Rafizi berkata, dia belum menyemak status terkini jumlah saman trafik yang belum dijelaskan.

“Saya belum semak,” katanya yang hanya menjawab menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana sedang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

UTAMAPOLIS BILA MAHU TANGKAP RAFIZI?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium