Polis Buru 3 Pencuri Barang Kemas Di Kuala Kubu Bharu - pakdin.my

curi-barang-kemas-kuala-kubu-bharu

HULU SELANGOR: Polis memburu 3 penyamun yang melarikan barang kemas bernilai RM15,000 dari sebuah kedai emas di Kuala Kubu Bharu.

Pemilik kedai berusia 33 tahun ketika itu bersama pembantunya didatangi seorang lelaki yang kononnya ingin membeli barang kemas untuk isteri dan anaknya.

Ketua Polis Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, lelaki tersebut meminta pemilik kedai emas menunjukkan rantai yang di pamirkan.

Lelaki tersebut memberitahu pemilik kedai emas dia hendak membeli rantai setiap satu untuk isteri dan anaknya.

Pemilik mengeluarkan rantai dari almari pamiran untuk lelaki tersebut melihatnya.

Pemilik kedai menyatakan harga rantai tersebut bernilai antara RM11,000 dan RM15,000.

Lelaki tersebut menyatakan beliau tidak mempunyai tunai sebanyak itu dan akan kembali sebelah petang.

Lelaki tersebut datang kembali kekedai berkenaan kira-kira jam 1:05 tengahari bersama seorang wanita.

Supt Supramaniam berkata lelaku berkenaan meminta untuk melihat rantai yang sama.

“Dia memberitahu wanita yang bersama dengannya untuk pergi ke kereta dan mengambil wang.

Ketika itulah seorang lelaki lain datang ke kedai dan mengambil kalung itu dari padanya.

Ketiga-tiga mereka melarikan diri dengan barang kemas dengan menaiki kereta Perodua Myvi.

Menurut Supt Supramaniam, nombor pendaftaran kereta tersebut ACK 988 didapati palsu.

Polis telah mengambil rakaman tv litar tertutup (CCTV) dari kedai tersebut

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

UTAMABERITAPolis Buru 3 Pencuri Barang Kemas Di Kuala Kubu Bharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium