32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Polis buru pemilik FB sebar berita palsu penyamun penggal kepala di Miri

viral-palsu-penggal-kepala-miri

MIRI: Polis di sini sedang menyiasat seorang pemilik akaun Facebook yang didapati menyebarkan khabar angin berkaitan penyamun kononnya berkeliaran untuk memenggal kepala mangsa dengan menaiki kereta Kancil dan Wira berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Miri DSP Junaidi Bujang berkata mereka yang diburu kerana menyebarkan khabar angin atau dakwaan palsu yang telah menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Adalah satu jenayah apabila menyebar khabar angin yang boleh mencetuskan panik serta rasa takut orang awam. Kita akan menyiasat laporan yang disebarkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Lebih memburukkan keadaan, Junaidi menjelaskan bahawa khabar angin itu telah menimbulkan salah faham orang kampung, yang telah bertindak membelasah dua lelaki yang disangka sebagai penyamun dalam satu kejadian yang berlaku di Niah, dua hari lepas.

“Kira-kira 50 penduduk kampung membelasah dua lelaki ini hingga mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian kepala, bahu kiri, lengan kiri dan kening.

“Malah kedua-duanya merupakan penduduk tempatan dan bukannya warga asing yang kononnya didakwa sebagai penyamun yang mahu memenggal kepala orang,” katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, beliau berkata kedua-dua lelaki tempatan itu sedang melarikan diri daripada polis bersama kereta Kancil dicuri mereka, apabila kedua-duanya kemudian dikepung penduduk kampung yang menyangka kedua-duanya penyamun, lalu membelasah mereka.

Selepas berjaya melepaskan diri daripada kepungan penduduk kampung, kedua lelaki tersebut melarikan diri semula ke arah polis serta berjaya ditahan dan hasil siasatan lanjut polis mendapati kedua-duanya hanya pencuri kereta dan tidak pernah mempunyai rekod jenayah lain, selain mencuri kereta Kancil terbabit.

“Justeru ingin saya tegaskan di sini, semuanya khabar angin dan dakwaan palsu semata-mata kerana tidak ada kumpulan yang didakwa penyamun berkeliaran di Kuala Baram atau di Niah,” tambahnya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan khabar angin berkenaan kerana bukan hanya menakutkan penduduk kampung malah ibu bapa tidak berani menghantar anak-anak turun ke sekolah kerana bimbang anak mereka diculik.


Penyebar berita palsu berdepan tindakan tegas

PADAWAN: Polis memberi amaran agar menghentikan penyebaran isu berkenaan ‘Head Hunter’ yang menjadi viral di media sosial serta menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Demikian tegas Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek yang menyelar perbuatan menyebarkan maklumat tidak berasas tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pihaknya sehingga semalam tiada menerima laporan berhubung ‘Head Hunter’ seperti yang didakwa dan akan menyiasat beberapa akaun media sosial yang menyebarkan berita tersebut.

“Head Hunter cuma khabar angin, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kegiatan ini dan perbuatan menyebarkan khabar angin ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru, kita memberi amaran tegas kepada orang ramai agar berhenti menyebarkan khabar angin ini atau kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” tegas Ng.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, di sini semalam.

Ng turut menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada polis jika melihat sebarang aktiviti jenayah dan bukan dengan menyebarkannya di media sosial.

“Segera buat laporan, nescaya kita akan berusaha menyelesaikannya dan bukan dengan menyebarkannya di media sosial yang boleh menimbulkan lebih banyak masalah,” katanya.

Difahamkan, pada Rabu lepas penduduk di sekitar kawasan Padawan mula gusar apabila khabar angin berkenaan dua suspek bertopeng dilihat berada di kawasan Mambong dipercayai ‘head hunter’ (pemburu kepala).

Khabar angin tersebut mulanya disebarkan oleh seorang pemilik akaun aplikasi WeChat seterusnya menjadi viral di media sosial, namun tiada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Ng pada majlis itu turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 25 pegawai serta anggota polis dan lima orang awam atas kerjasama dalam menyelesaikan beberapa kes jenayah.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan