28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Polis Buru Rakan Suspek Utama Kes Bunuh Pegawai AmBank

Suspek kes rompakan dan tembak mati seorang pegawai bank tiba di Makamah Majistret Petaling Jaya untuk direman bagi membantu siasatan
Suspek kes rompakan dan tembak mati seorang pegawai bank tiba di Makamah Majistret Petaling Jaya untuk direman bagi membantu siasatan

Polis memburu seorang lagi suspek yang juga rakan subahat kepada suspek utama yang ditahan semalam dalam kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dikenali sebagai Joemar itu dipercayai merancang bersama rompakan itu dan turut memegang sebahagian besar wang yang dirompak.

Menurut Tan Sri Khalid, suspek utama yang sebelum ini menggunakan nama Ardi Hamza itu juga mengaku menggunakan mykad palsu yang dibeli dari lelaki warga Indonesia.

Suspek berusia 35 tahun itu telah mendedahkan nama sebenarnya iaitu Laode Ardina Laode Rasila.

Pengesahan mengenai identitinya juga akan dilakukan dengan kerajaan Indonesia.

Siasatan polis kini menjurus kepada pihak yang bertanggungjawab menjual mykad terbabit kepada suspek.


Sehingga kini 12 individu ditahan bagi membantu siasatan.

Semalam, suspek diberkas pasukan Ops Cantas Khas kira-kira jam 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas 19 hari diburu kerana merompak dan membunuh Norazita Abu Talib di AmBank Subang Jaya, 23 Oktober lalu.

 ——————————

Kes AmBank: Polis temui senjata yang digunakan suspek

Polis menemui senjata yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.

Senjata jenis pump gun itu ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11 pagi tadi.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan