Polis buru suspek tikam ibu ketika solat sekitar di Taman Setapak Jaya - pakdin.my

tikam-ibu-ketika-solat

Polis giat menjalankan usaha memburu suspek berusia 21 tahun yang dipercayai menikam ibunya ketika sedang solat di rumah mereka di Jalan Rejang 3, malam tadi.

Setakat ini dianggarkan seramai 30 pegawai dan anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan sekitar Jalan Rejang, Setapak Jaya, bermula jam 10 malam.

Pemburuan suspek juga turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, seorang guru Sekolah Agama Al Amin, di Keramat Permai, ditikam seorang daripada sembilan anaknya ketika sedang menunaikan solat Isyak.

Mangsa yang berusia 49 tahun kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan serius pada bahagian usus akibat tikaman berulang kali dengan menggunakan pisau berukuran 45 sentimeter.

Sementara itu, penduduk di kawasan berkenaan mengharapkan pihak polis meneruskan pemeriksaan dan pemburuan di seluruh lokasi kediaman mereka bagi memastikan suspek dapat diberkas dalam masa terdekat.

Ini kerana mereka bimbang suspek berkenaan mampu mengancam nyawa orang lain dengan sebarang tindakannya selepas dipercayai mengalami masalah mental.

UTAMABERITAPolis buru suspek tikam ibu ketika solat sekitar di Taman Setapak Jaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium