Polis Cari Dalang Sebar Berita Palsu Tujuh Kanak-Kanak Ditetak

Kongsi:

Sebar Berita Palsu Tujuh Kanak-Kanak Ditetak

Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

“Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu. Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

“Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber.

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata pihak polis menemui semula 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta milik sebuah syarikat yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Beliau berkata tembaga itu ditemui dalam sebuah lori di kawasan Sunway Kayangan di sini.

“Siasatan mendapati dua lori dilarikan suspek namun sebuah ditinggalkan berikutan keadaan lori yang mungkin bermasalah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal keselamatan di kawasan itu telah diikat sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata lima suspek disyaki melakukan kes berkenaan.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.