Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Malaysia
22,743
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm

Global

All countries
228,587,449
Confirmed
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
All countries
203,480,725
Recovered
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm
All countries
4,695,798
Deaths
Updated on September 18, 2021 15:54 3:54 pm

Polis dedah gambar suspek utama kes bunuh pengasas AmBank

sei ngan chai

Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati selepas keluar dari sebuah tokong di Jalan Ceylon di sini kelmarin.

Difahamkan, lelaki yang digelar sei ngan chai atau lelaki berkaca mata itu berjaya dikesan selepas polis menahan seorang pemandu teksi yang dikatakan membawa suspek menaiki kenderaannya selepas kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berusia lingkungan 30-an dikesan sering berada di sekitar Taman Maluri, Cheras.

“Setakat ini, suspek belum ditangkap. Hasil penahanan pemandu teksi itu dia mendakwa, suspek merupakan pelanggan tetapnya dan sering kelihatan di kawasan Taman Maluri.

“Selepas menaiki teksi itu, suspek dikatakan telah turun di Jalan Alor,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Allahyarham Hussain, 75, dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, yang baru keluar dari sebuah tokong di situ selepas berurusan perniagaan dengan seorang rakan telah ditembak secara rambang oleh seorang suspek.

Hussain yang merupakan pengasas Bank Arab-Malaysia, kini dikenali sebagai AmBank Berhad meninggal dunia di tempat kejadian akibat dua das tembakan manakala isterinya yang juga terkena tembakan turut mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut, Chin Wah memberitahu, pemandu teksi berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling.

“Polis masih menyiasat hubungan sebenar suspek dan pemandu teksi terbabit dan apa tujuan dia berada di lokasi kejadian ketika pembunuhan itu. Pemandu teksi itu ditahan reman sehingga 6 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam sidang akhbar itu, polis turut mengedarkan gambar suspek yang berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kuil itu.

“Lelaki itu dirakam ketika mundar-mandir di hadapan tokong itu dipercayai sedang menunggu mangsa.

“Polis berharap orang ramai atau sesiapa sahaja yang mengenali lelaki ini supaya berhubung dengan pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Chin Wah berkata, polis akan memanggil seorang rakan Hussain yang dikatakan berbincang dengan mangsa dalam sebuah tokong ketika kejadian dan rakan mangsa itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

pengasas-amb-mati-ditembak

Berkaitan