30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

POLIS DEDAHKAN LAPORAN MALAYSIAKINI MENIPU KEMATIAN LELAKI INDIA DALAM TAHANAN???

malaysia-kini-berita-bohong

Menabur kebencian ” …itu lah taktik media pembangkang seperti Malaysiakini melaporkan berita supaya rakyat terutama kaum India benci kepada POLIS dan Kerajaan .

Malaysiakini lapor lelaki India yang mati itu disyaki menagih dadah tetapi Timbalan OCPD POLIS SPT dedahkan suspek ditahan oleh pengawal keselamatan kilang kerana mencuri besi.

Perbezaan fakta yang jauh menyimpang sekali !!!!

Apakah wartawan Malaysiakini ini kerjanya melaporkan berita atau memutar belitkan fakta?

Jika tidak kerana penjelasan POLIS yang pantas mendedahkan perkara sebenar , sudah tentu ramai yang akan percaya dakwaan di artikel Malaysiakini ini yang mengaitkan kematian pencuri berbangsa India ini ketika dalam tahanan polis .

Kita tunggu apa kata lawyer PR !!


Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam, ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai, pada 2 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Baharom Abu berkata, sebaliknya, SN Aginraj, 26, bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan.

“Ketika polis sampai, terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj. Aginraj bersama rakannya, N. Mohanraj, 31, kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya, Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Baharom berkata, pada 6 Jun lalu, Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000.

“Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam, polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang,” katanya.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...